Sejak kita dilahirkan hinggalah dikebumikan, hidup manusia itu tersangatlah singkat. Ibarat diantara azan dan iqamat. Jarak yang terlampau dekat, waktu yang terlampau singkat. Namun di atas rahmat dan kasih sayang Tuhan, Dia memberikan kepada kita apa yang kita perlukan. Begitu banyak sekali nikmat Allah yang dilimpahkan diatas dunia yang sementara ini.
"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." ~ Kahfi 18:109
Hakikatnya manusia telah terlupa perjanjian mereka dengan Tuhan. Tuhan telah mengambil perjanjian sewaktu manusia itu diciptakan. Betapa ramai manusia yang terleka dengan keindahan fatamorgana dunia yang sementara hingga melupakan pertemuan agung mereka dengan Tuhan. Sama ada dengan rela ataupun terpaksa, setiap manusia itu pasti akan menemui Tuhannya. Dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah laluan untuk menuju ke destinasi yang ditetapkan. Tuhan pasti akan membalas setiap perbuatan hambanya biarpun sekecil zarah (kuantum).
"Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya" ~ al Insyiqaaq 84:6
Kesedaran yang timbul ini mendorong saya untuk menulis catatan perjalanan hidup saya yang mungkin tidak bernilai kepada orang lain, tetapi amat bermakna kepada saya. Tidaklah Allah mencipta sesuatu kejadian (manusia atau sebagainya) dengan sia-sia melainkan dengan hikmah. Di sinilah langkah saya bermula, sebagai seorang mujahid yang membela tauhid dan memburu syahid, juga sebagai seorang kader dakwah. Semoga Allah meredhai setiap amal kebaikan dari saya dan memberi husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dalam kehidupan saya serta menempatkan saya di syurga-Nya. Rumahku di syurga.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" ~ al An'am 6:32.
Martyr,
8:46 pm
18/11/2010
Kedah, Malaysia
No comments:
Post a Comment